fbpx
Mayat dua beradik ditutup selepas terlibat dalam kemalangan di KM266.8 Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan di Seremban pagi tadi. FOTO /IHSAN PDRM

Dua beradik tercampak, motosikal rempuh penghadang lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua beradik maut selepas motosikal jenis Yamaha NVX yang mereka tunggang terbabas dalam kemalangan di Kilometer (KM) 266.8, Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi, mangsa yang berusia 22 dan 18 tahun dalam perjalanan dari Klang, Selangor menuju ke Melaka.

“Setibanya di lokasi, motosikal yang ditunggang dua beradik lelaki itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang lebuh raya.

“Akibatnya kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai operator kilang tercampak ke atas jalan dan kawasan rumput berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah pada anggota badan,” katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau dekat sini untuk dibedah siasat. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau hadir ke mana-mana balai polis terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN