fbpx
Pusat beli-belah Melawati Mall dihias indah bersesuaian dengan tema sambutan Hari Krismas tidak lama lagi.

CapitaPlus program penghargaan untuk pelanggan Melawati Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Melawati Mall memperkenalkan program ganjaran baharu, CapitaPlus bersempena penganjuran kempen Chromatic Christmas yang berlangsung selama sebulan sehingga 28 Disember ini bagi memberi nilai tambah kepada pengunjung membeli-belah di premis berkenaan.

CapitaPlus yang ditawarkan secara pendaftaran percuma membolehkan pengguna menikmati pelbagai keistimewaan termasuk pengumpulan mata, penebusan hadiah eksklusif serta penyertaan dalam promosi khusus sepanjang tempoh kempen.

Menurut  pengurusan Melawati Mall, program itu diperkenalkan sebagai usaha memperkukuh hubungan dengan pelanggan setia selain menggalakkan transaksi lebih berbaloi di pusat beli-belah berkenaan.

“CapitaPlus adalah platform ganjaran yang memberi pulangan segera kepada pengunjung, oleh itu melalui kempen perayaan ini, kami mahu pelanggan merasai manfaat maksimum ketika berbelanja,” jelas kenyataan  tersebut.

Antara tarikan utama CapitaPlus adalah  program Chromatic Top Spender, yang menawarkan hadiah lumayan seperti MacBook Air, Nintendo Switch 2 dan pelbagai barangan elektronik lain menerusi penyertaan dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit.

Pengguna CapitaPlus juga boleh menebus Merry Charm Blind Box iaitu koleksi charm edisi khas seperti Glamlite, Chromie, Mysterious, Aquarius dan Prism, dengan setiap perbelanjaan RM100.

Selain itu, bagi melengkapkan sambutan Chromatic Christmas, Melawati Mall turut menganjurkan pelbagai acara di Meranti Court, Aras GF, persembahan Vivace Dance Academy, persembahan carol instrumental dan bengkel seni sepanjang bulan.

Kempen berkenaan bukan sahaja menonjolkan dekorasi bertema kristal berwarna-warni, malah menambah kemeriahan suasana melalui gabungan ganjaran, aktiviti keluarga dan keindahan visual yang menjadi nilai tambah kepada pengunjung. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN