RAMAI sedia maklum dua heroin ternama Bollywood iaitu Deepika Padukone dan Katrina Kaif memiliki bisnes kosmetik sendiri.
Jika Deepika mengeluarkan produk penjagaan wajah yang dikenali dengan nama 82E, Katrina pula terkenal dengan produk kosmetiknya, Kay Beauty.
Jenama kosmetik Katrina dilihat lebih mesra pengguna dan popular dalam kalangan wanita di India kerana produknya yang pelbagai dan harga berpatutan.
Lain pula dengan produk milik Deepika yang disifatkan terlalu mahal selain kurang berkesan. Disebabkan itu, media di India melaporkan bisnes Deepika merudum sebanyak 47 peratus bagi tahun 2024/2025. 82E juga dikatakan dalam rangka menurunkan harga produk mereka untuk memastikan jenama itu terus bertahan di pasaran.
Sementara itu, Kay by Katrina mula mencatat keuntungan sebanyak RM40.5 juta pada 2024. Jenamanya dijangka terus mencatat keuntungan sebanyak RM70 juta menjelang penghujung 2025.














