fbpx
ARSENAL cuma mempunyai tempoh singkat untuk bersedia menentang Villa malam ini selepas bertemu Brentford kelmarin. - AFP

Arsenal dakwa diberi layanan tidak adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal mula terasa bahang sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila terpaksa mengharungi jadual padat yang dibimbangi mampu menjejaskan rentak permainan mereka.

Selepas membenam Brentford 2-0 kelmarin, The Gunners hanya memiliki masa kurang 72 jam untuk melakukan persiapan sebelum berkunjung ke Villa Park menentang Aston Villa malam ini.

Arsenal wajar berasa bimbang memandangkan beberapa pemain utama mereka mengalami kecederaan selain Manchester City yang terus mengekori rapat di belakang dengan perbezaan lima mata.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, pihak pengurusan EPL sepatutnya ‘memberi muka’ kepada pasukannya untuk mendapatkan rehat lebih panjang kerana mereka turut membawa nama England di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Saya fikir, semua pihak termasuk kami dan pengurusan liga perlu membantu antara satu sama lain. Mereka sepatutnya berikan kami rehat sehari lagi dan ini meliputi pasukan-pasukan yang beraksi di Eropah.

“Bagi saya, ia tidak merugikan sesiapa kerana kami membawa nama EPL di pentas Eropah dan mereka turut mendapat tempiasnya. Setiap pasukan akan mendapat manfaat sekiranya ia berlaku,” katanya.

Difahamkan, beberapa pemain utama The Gunners seperti Cristhian Mosquera, Declan Rice, William Saliba, Gabriel, Kai Havertz dan Leandro Trossard masih belum pulih daripada kecederaan.

“Saya bukannya mahu bertekak tetapi ia adalah untuk kepentingan bersama. Kita semua tahu bahawa pemain-pemain bukanlah mesin tetapi apa boleh buat, kami terpaksa patuh dengan jadual,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN