fbpx
SYARIKAT pengurusan sisa terjadual di negeri imi dikesan menggajikan lebih 40 warga asing tanpa dokumen sah ketika operasi JIMNS, pagi kelmarin. FOTO IMIGRESEN

Upah PATI buat kerja ‘kotor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tindakan sebuah syarikat pengurusan sisa terjadual menggajikan lebih 40 warga asing tanpa izin (PATI) mengundang padah apabila diserbu imigresen hari ini.

Serbuan pada pukul 11 pagi dapat menahan 41 PATI berusia antara 21 hingga 49 tahun.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kenneth Tan Ai Kiang berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 36 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki Nepal dan tiga lelaki Pakistan.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN