fbpx
Hantaran oleh Ahmad Zahid di laman Facebook yang menyifatkan Bung Mokhtar sebagai seorang sahabat sejati.

Saya hilang sahabat sejati – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin awal pagi hari ini mengundang kesedihan mendalam dalam kalangan pimpinan politik, terutama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan Allahyarham sebagai ‘sahabat sejati’ dan rakan perjuangan yang sukar diganti.

Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebook mengakui kehilangan Bung Moktar merupakan tamparan besar buat dirinya dan seluruh kepimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin tegas dan komited, malah figura yang sentiasa berada di sisi dalam susah dan senang, menjadikan ikatan persahabatan mereka lebih bermakna sepanjang perjuangan politik bersama.

“Yang tinggal hanyalah doa mengiringi segala kebaikan yang telah beliau tinggalkan buat kami. Semoga Allah mengampuni dosanya, menerima amal baktinya dan mengangkat darjat kebaikannya,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid, seluruh warga UMNO, BN dan rakyat Sabah pastinya terasa kehilangan seorang pemimpin yang lantang memperjuangkan nasib masyarakat setempat serta dikenang atas jasa dan keteguhannya dalam politik tanah air.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi detik sukar ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN