fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pekerja itu ditemani pegawai polis untuk menghantar makanan kepada pelanggan. - Istimewa

‘Rider’ takut hantu, minta polis teman hantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penghantar makanan di Bogor, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai apabila meminta anggota polis untuk menemaninya kerana takut diganggu hantu, lapor laman berita Detik. 

Ketua Polis Daerah Gunung Putri, Pesuruhjaya Aulia Robby Kartika berkata, kejadian berlaku malam semalam. 

“Pekerja itu datang ke balai polis dan meminta kami mengiringinya ke rumah pelanggan. Kerana sudah gelap, dia takut hantu dan disamun,” kata Aulia. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pekerja terbabit sedang menunggang motosikal sambil ditemani lampu kereta polis. 

Selain gelap, jalan yang dilalui mereka kelihatan sunyi dan penuh dengan semak. 

Selepas tiba di alamat pelanggan, dia menyerahkan makanan itu kepada seorang pengawal keselamatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN