fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu meletakkan kedua-dua kakinya pada sandaran tempat duduk dalam bas. - Facebook

Penumpang letak kaki ‘busuk’ atas kerusi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pelancong warga India menerima kecaman orang ramai selepas dirakam meletakkan kedua-dua kakinya yang berbau di atas tempat duduk hadapan semasa menaiki bas di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Ketika kejadian baru-baru ini, bas tersebut dalam perjalanan ke Phuket dari Trang. 

Rakaman video seorang penumpang lain yang dimuat naik di platform Facebook menunjukkan lelaki terbabit menanggalkan kasut dan meletakkan kakinya di atas sandaran tempat duduk hadapan. 

Meskipun banyak tempat duduk kosong dan hanya beberapa penumpang berada di dalam bas, perakam menyifatkan tingkah laku pelancong tersebut sebagai tidak beradab. 

Perakam turut berkata, kaki lelaki tersebut mengeluarkan bau busuk sehingga mengganggu penumpang lain. 

Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial Thai. 

“Kaki berbau di dalam pengangkutan awam bukanlah sesuatu yang lucu. Ia membuat orang sakit,” kata seorang netizen. 

“Berikan dia buku tentang adab yang betul,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI