KOTA KINABALU – Lebih 1,000 umat Islam menyertai solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.
Antara yang turut serta ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Selain itu, Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd. Arifin Arif serta pemimpin politik lain, kenalan dan ahli keluarga Allahyarham.
Jenazah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua UMNO Sabah itu selesai disembahyangkan dengan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, dekat sini untuk dikebumikan. – KOSMO! ONLINE
Ribuan sertai solat jenazah Allahyarham Bung Moktar
- Oleh IVAN AMIRUL
- 5 Disember 2025, 4:38 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

AI takkan gantikan pekerja – Lih Kang
28 Januari 2026, 11:37 am

MyKad Zainab diganti selepas 22 tahun
28 Januari 2026, 11:31 am

Makmal dadah dalam kondominium mewah, suami isteri warga China ditahan
28 Januari 2026, 11:21 am

Edar dadah sejak enam bulan, dua buruh kasar ditahan
28 Januari 2026, 11:15 am

Persatuan desak segerakan harga lantai upah ‘rider’
28 Januari 2026, 11:10 am

Mercun Tahun Baharu Cina lebih RM105,000 dirampas
28 Januari 2026, 11:05 am

Serah kata laluan kepada ‘pegawai polis’, duit peniaga RM364,500 lesap
28 Januari 2026, 11:02 am

UCL: Mourinho anggap Arbeloa masih ‘mentah’
28 Januari 2026, 11:00 am






