fbpx
Gambar hiasan.

KL dah hujan, ramai risau banjir kilat berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat yang kembali melanda ibu negara sejak pukul 3 petang tadi menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga Lembah Klang berhubung kejadian banjir kilat seperti dilaporkan semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai membuat persiapan awal apabila menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja kerana bimbang terperangkap dalam banjir.

“Semalam kurang dua jam hujan, KL (Kuala Lumpur) boleh banjir. Sekarang sudah hampir sejam hujan landa KL. Moga selamat semuanya,” kata Aliyasuha.

“Kerap hujan (waktu) petang di KL minggu ini. Hari ini memang naik LRT (perkhidmatan Transit Aliran Ringan) pergi kerja. Semalam ‘tersangkut’ dekat Jalan Tun Razak sebab banjir,” kongsi MaelKadok.

“Dah sejam KL hujan, risau. Takut jalan tiba-tiba ditutup dan terpaksa pusing jauh, kalau terjadi banjir kilat macam semalam. Dua jam sangkut area (kawasan) Titiwangsa,” kata Malisaaaa.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu petang ini.

Terdahulu, beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat pada petang semalam.

Antara kawasan yang dinaiki air adalah Jalan Sentul Pasar, Taman Bahagia, Jalan Batu Bata, Titiwangsa Sentral, Jalan Haji Salleh, Sentul, Kampung Chubadak Dalam, Sentul dan Batu 2 ½, Jalan Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI