fbpx
Gambar hiasan.

‘Kalau tak mampu pergi hospital kerajaan…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ukur baju di badan sendiri, kalau tak mampu, pergi hospital kerajaan.”

Itu reaksi seorang wanita yang berang selepas rakannya mahu meminjam wang untuk membawa bayinya ke klinik swasta.

Menerusi hantaran di Threads, rakannya memberi alasan kakitangan klinik kerajaan di kawasan perumahannya tidak peramah selain terlalu ramai pesakit.

“Boleh pinjam duit? Akak nak buat pemeriksaan bayi di klinik swasta tapi tak cukup duit. Klinik kerajaan kawasan rumah akak ini tak peramah. Ramai sangat orang buat pemeriksaan di situ,” katanya.

Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, malah ada yang berkongsi pengalaman serupa.

“Kau mengata klinik kerajaan tapi tak sedar diri sebenarnya tak mampu. Kau ingat orang lain nak tanggung kau ke?,” soal @Aziqyaya.

“Orang yang suka meminjam duit selalunya sebab dah jadi tabiat. Ramai orang yang memerlukan sebenarnya nak elak berhutang,” komen @Adawiah.din.

“Kawan kakak aku pun selalu pinjam duit sebab nak pergi hospital atau klinik swasta. Pernah minta pinjam RM13,000 sebab nak bersalin tapi kakak tak bagi. Kawan itu cakap kakak aku lupa kawan,” kata Alya. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI