fbpx
Seramai 10 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan luar tabii di Perai, Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam, pagi ini.

Individu ditahan di ‘spa songsang’ didakwa pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seramai 10 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan luar tabii di sebuah ‘spa songsang’ di Perai, Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, pagi ini.

Mereka antara 13 lelaki yang ditahan dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) dengan kerjasama pasukan Operasi Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Kosmo! di sini berkata, pendakwaan dijalankan selepas tempoh reman selama enam hari terhadap individu terbabit berakhir 5 Disember, hari ini.

“10 individu akan dituduh esok (pagi ini) setelah mendapat arahan dari Pejabat Pendakwaan Negeri,” katanya.

Terdahulu, beliau mengesahkan tiada pegawai kerajaan yang ditahan dalam serbuan di premis berkenaan, Sabtu lalu susulan tangkapan 11 lelaki termasuk remaja dan warga emas yang disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan luar tabii.

Jelasnya, tangkapan yang dilakukan ke atas kesemua lelaki yang masing-masing berusia 19 hingga 66 tahun itu mendapati hanya seorang daripada mereka merupakan penuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu ialah dua lelaki tempatan berusia 57 dan 59 tahun yang merupakan pengusaha dan penjaga premis terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan kesemua tangkapan terbabit ditahan reman sehingga 5 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah di dalam telefon bimbit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI