PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Sarawak dan Sabah sehingga pukul 3 petang ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak
“Di Sabah, hujan turut diramal berterusan berlaku di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod),” ujarnya.
Amaran hujan lebat berterusan turut melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. –KOSMO! ONLINE














