fbpx
GAMBAR fail seorang pekerja perubatan berbual dengan kanak-kanak di Hospital Nanjing, Nanjing 23 September lalu. - Foto Xinhua

Hospital China dipenuhi pesakit H3N2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Kemudahan perubatan di seluruh China sedang bergelut dengan kadar influenza yang melonjak,  namun bukan jenis selesema musim sejuk yang biasa, lapor portral berita Daily Star hari ini. 

Laporan dari China menunjukkan peningkatan kes jangkitan strain influenza H3N2 yang sedang melanda negara itu, menjejaskan banyak hospital di seluruh negara.

Bandar raya utama yang terjejas termasuk  Beijing, Tianjin hinggalah ke wilayah Hebei, Henan, Guangdong, Fujian, Shandong, Shanxi dan lain-lain.

Seorang penduduk  tempatan menulis di laman  sosial: “Pada malam 23 November, sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) saya pergi ke Hospital Kanak-Kanak Beijing dan hanya pulang pada pukul 1 pagi (waktu tempatan). Wabak selsema sejak  kebelakangan ini sangat menakutkan, macam-macam.”

Statistik platform Alibaba Health menunjukkan bahawa pembelian ubat antivirus influenza melonjak 500 peratus antara 10 hingga 21 November lalu,  mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya wabak besar-besaran.

Pengarah institut kawalan penyakit berjangkit dan endemik di Beijing, Dr. Zhang Datao mengesahkan bahawa punca utama peningkatan jangkitan di seluruh bandar raya itu ialah virus Influenza A, juga dikenali sebagai H3N2. 

Pakar kesihatan itu turut menjelaskan bahawa tiada penyakit berjangkit pernafasan lain dikenal pasti bersama Influenza A sebagai punca utama peningkatan kes bermusim tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN