fbpx
Pasukan SAR menjalankan operasi pencarian seorang remaja yang dihanyutkan arus deras di Taman Prima Saujana kelmarin.

Hanyut Kajang: Mereka minta tolong saya, tapi saya tak boleh buat apa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – “Mereka minta tolong saya, tapi saya memang tak boleh nak buat apa. Saya hanya berpaut pada dahan pokok.”

Demikian kata rakan kepada dua beradik yang dihanyutkan arus ketika mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana, di sini hari ini.

Menurut remaja lelaki berusia 18 tahun itu, ketika kejadian, dia turun ke longkang terbabit untuk menyelamatkan dua rakannya.
“Dah lama saya kenal mereka, saya main bola dengan mereka pada waktu petang. Waktu kejadian saya cuba tarik mereka, tetapi saya turut hanyut.

“Ketika itu saya pasrah dan kami berpisah sewaktu (sampai) berdekatan dengan kawasan lombong kerana arus sangat kuat di kawasan tersebut,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian, kanak-kanak dan remaja lelaki itu bersama beberapa rakan sedang bermain bola di padang berhampiran kawasan perumahan mereka.

Mereka kemudian turun ke longkang untuk mengambil bola yang terjatuh sebelum dihanyutkan arus deras di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Kantan kira-kira pukul 7.47 malam tadi.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pukul 10 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Tambahnya, operasi SAR masih diteruskan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam bagi mencari abang kanak-kanak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI