KUALA LANGAT – Dua anggota Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terperangkap di tengah sebuah lombong di Kampung Bukit Changgang, di sini awal pagi tadi.
Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja menambah baik ban sungai di kawasan berkenaan sebelum air naik secara mendadak lalu memutuskan laluan keluar.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.34 pagi dengan sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, pasukan bomba tiba pukul 5.55 pagi bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah pacuan empat roda Hilux dan sebuah bot.
“Komander Operasi melaporkan kedua-dua mangsa berada di tengah lombong susulan
kenaikan air mendadak. Kerja-kerja menyelamat mangsa sedang giat di lakukan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE














