fbpx
Anwar.

Anwar hairan ada individu mendewakan pemberi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa hairan apabila terdapat sesetengah pihak di negara ini yang seolah-olah mendewakan pemberi rasuah hingga dianggap sebagai pejuang.

Perdana Menteri berkata, keadaan itu bukan sahaja mencerminkan kerosakan nilai dalam masyarakat, malah boleh merosakkan keseluruhan sistem negara sekiranya dibiarkan berterusan.

“Keinginan untuk membawa perubahan itu harus ada, pertama adalah meninggalkan sistem yang ‘bobrok’, amalan yang kadang-kadang mendewa-dewakan orang yang rasuah, biasa lah, kalau dia ada kuasa, ada jawatan, tak rasuah bodohlah dia, ini budaya yang sudah rosak.

“Atau pun sekarang ini, ada yang mendewakan pemberi rasuah, pemberi pun diberikan satu penghormatan, (dianggap) pejuang, kan aneh kalau negara begitu? Kan rosak nilai dan sistem negara, apa makna kita bercakap soal akhlak?” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menurut beliau, jika keadaan seperti itu dibiarkan, ia hanya akan menghancurkan nilai dan sistem negara serta menjejaskan usaha memperkukuh budaya berakhlak.

“Apa makna kita bercakap soal akhlak? Rasulullah SAW, daripada sudut integriti, bersih. Tapi sosok Baginda itu yang teragung ialah kerana akhlak, nilai dan kekuatan peribadinya.

“Itu bagi saya penting untuk kita faham, bagaimana kita dalam seluruh jentera kita, sistem kerajaan, kita harus pupuk ini dan harus diingatkan ini adalah kekuatan kita, untuk memupuk suatu budaya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN