fbpx
Anwar menyantuni jemaah selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Cyberjaya 10, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Anwar bincang dengan ketua parti sebelum isi kekosongan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan rundingan dengan ketua-ketua parti dalam Kerajaan Madani terlebih dahulu sebelum memuktamadkan kekosongan jawatan menteri di dalam Kabinet.

Menurutnya, beliau perlu mendapatkan pandangan mereka (ketua-ketua parti dalam kerajaan) sebelum keputusan itu dibuat.

“Saya akui Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif namun, pendekatan demokrasi akan diambil dalam menentukan keputusan itu. Ada beberapa kekosongan jawatan menteri jadi, biar saya runding dahulu. Betul, ada budi bicara atau wewenang Perdana Menteri sebelum memohon mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.

“Namun, dalam proses demokrasi dan menghormati pandangan kawan-kawan, saya tentunya akan mendengar beberapa pandangan dari ketua-ketua parti,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Cyberjaya 10, di sini hari ini.

Katanya, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI