fbpx
ANGGOTA imigresen melakukan pemeriksaan ke atas warga asing dalam operasi yang dijalankan di sekitar Pontian dan Kulai, Rabu lalu. Foto IHSAN IMIGRESEN

37 PATI cari rezeki secara haram dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Tindakan 37 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang bekerja di negara ini tanpa dokumen yang sah membawa padah apabila mereka ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen (JIM) Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pontian dan Kulai, Rabu lalu.

Pengarah JIM Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, sasaran operasi ke atas premis perniagaan yang menjadi tumpuan awam serta penempatan pekerja asing dikedua-dua PBT berkenaan.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki warganegara Indonesia, tiga lelaki India, sembilan lelaki warganegara Bangladesh, lapan lelaki Pakistan dan enam lelaki warganegara Myanmar.

“Turut ditahan seorang kanak-kanak warganegara Indonesia dan lima perempuan warganegara Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambah Mohd Rusdi, mereka yang ditahan dalam lingkungan umur enam tahun hingga 58 tahun.

“Semua yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,”ujarnya.

Jelas beliau, kesemua tahanan ditempatkan di Depoh Imigresen Setia Tropika Johor Bahru untuk siasaran dan tindakan lanjut.

Katanya, sebanyak dua keping borang 29 iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI