fbpx
Verrell menepis dakwaan yang mengatakan dia memakai jaket kalis peluru. - TikTok

Wakil rakyat lawat mangsa banjir pakai ‘jaket kalis peluru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia mengundang kecaman orang ramai kerana memakai jaket kalis peluru semasa melawat mangsa banjir di Padang, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Verrell Bramasta yang juga bekas pelakon itu dalam satu video dilihat berjalan di salah satu kawasan terjejas banjir sambil dikelilingi penduduk yang mahu merakam gambarnya.

Dia memakai objek kelihatan seperti jaket kalis peluru pada dadanya, membuatkan orang ramai menyelar tindakan tersebut yang disifatkan tidak sesuai dengan perbuatan yang sedang dilakukan.

Orang ramai mempersoalkan kepentingan seorang ahli DPR untuk kelihatan bergaya seperti pelakon filem aksi ketika melawat penduduk yang kehilangan rumah, keluarga, mata pencarian dan bekalan air bersih.

“Saya lihat Verrell memakai jaket kalis peluru, untuk apa? Demi mahu kelihatan seperti seorang tentera? Adakah supaya ketampanannya masih boleh dilihat di sebalik kayu balak hanyut? Amat mengecewakan melihat generasi muda gagal bersikap kritis dan empati terhadap apa yang berlaku di negara kita,” tulis seorang netizen di aplikasi X.

Selepas video itu tular, Verrell tampil menjelaskan bahawa ia bukan jaket kalis peluru, sebaliknya jaket taktikal yang dipakai ketika lawatan di lapangan.

Katanya, dia hanya menggunakan jaket itu untuk membawa peralatan semasa pergerakan pantas di kawasan yang terjejas bencana.

“Jaket taktikal ini tidak mempunyai plat balistik dan tujuannya adalah untuk membawa bekalan yang diperlukan. 

“Pada masa itu saya membawa air minuman, wang tunai untuk diagihkan dan bekalan lain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN