KUALA LUMPUR – Kawasan Taman Harmonis, Gombak hari ini dilaporkan mengalami banjir kilat sekitar pukul 5.30 petang tadi akibat hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam.
Sehingga kini difahamkan air banjir masih lagi tidak surut di kawasan tersebut sehingga menenggelamkan beberapa kenderaan penduduk setempat.
Menerusi beberapa video tular di laman sosial Tik Tok hari ini menyaksikan penduduk di Taman Harmonis mula memindahkan kemderaan masing-masing ke kawasan yang lebih tinggi.
Sebelum ini, Taman Harmonis pernah mengalami beberapa kejadian banjir kilat akibat masalah perparitan di kawasan tersebut.
Terdahulu, MetMalaysia meramalkan keadaan hujan lebat dan ribut petir di kawasan barat dan utara Malaysia bakal berlanjutan malam ini. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














