fbpx
Tangkap layar komen Mohd Noor Helmy di laman Facebook PHM.

Untunglah YB kesayangan sudah komen…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Komen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) telah menarik perhatian pengguna di laman sosial.

Ini kerana, ADUN tersebut merupakan antara ahli politik yang aktif membela nasib rakyat dan beliau juga terkenal dalam pengguna di media sosial.

Menerusi komen yang ditinggalkan pada hantaran PHM itu, ADUN berkenaan memuji hantaran-hantaran yang dimuat naik oleh pentadbir laman Facebook berkenaan.

“Ko memang power min, pakej lengkap, up to date, punchline masuk, penuh ilmiah, menghiburkan, buat orang tersenyum, gelak dan geram.

“Kalau ko masuk politik, kurang-kurang menteri ko ni,” tulis Mohd. Noor Helmy.

PHM kemudiannya membalas komen tersebut dengan membuat satu hantaran dengan berseloroh bahawa ADUN berkenaan menjadi menteri.

“Mdno (Mohd. Noor Helmy), dah jadi menteri pembangunan sahsiah dan akhlak gen z. Min PHM nak jadi menteri apa pula?” tanya PHM.

Hantaran tersebut kemudiannya dibalas semula oleh Mohd. Noor Helmy.

“Hahaha, Ala hawau… Min-min jadi Menteri Kesihatan sangat sesuai. Cara penyampaian ilmu sangat menghiburkan dan terus masuk dalam kepala otak. Yang sakit pun mudahan sembuh dengan gelak ketawa,” komennya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN