fbpx
Beberapa kawasan di hadapan bangunan JKR di Titiwangsa, Kuala Lumpur dinaiki air ketika ini.

[TERKINI] Jalan Tun Razak ke WTC banjir, air tahap pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hujan lebat kira-kira sejam petang tadi sudah cukup untuk menenggelamkan beberapa kawasan utama di ibu kota apabila banjir kilat setinggi pinggang dilaporkan di sekitar Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak hingga ke WTC Kuala Lumpur.

Tinjauan menerusi beberapa siaran langsung di media sosial mendapati limpahan air terjadi begitu pantas, menyebabkan jalan utama menuju Titiwangsa dan kawasan sekitar sesak teruk serta sukar dilalui.

Lebih mencemaskan, satu siaran langsung di TikTok menunjukkan sungai berhadapan bangunan Plaza Permata, Titiwangsa pecah, menyebabkan air mengalir deras ke kawasan sekitar walaupun hujan telah reda.
“Hujan satu jam dari pukul 5 hingga 6 petang tadi menyebabkan tebing sungai pecah. Beberapa kedai makan dan warung di hadapan bangunan JKR tenggelam. Kami terpaksa bermalam di pejabat malam ini, jalan pun jem teruk,” kata seorang pengguna TikTok.

Difahamkan banyak kenderaan sudah hanyut dan tenggelam akibat arus deras, manakala laluan utama menuju Ampang turut lumpuh dengan trafik sangat perlahan.

Keadaan banjir ketika ini masih dipantau pihak berkuasa.— KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN