fbpx
Razali (kanan) bersama pegawai MADA dan pesawah meninjau kerosakan tanaman padi yang terjejas akibat banjir di Kampung Seri Gelam, Arau hari ini.

Tanaman harum manis Perlis rugi teruk sebab banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Kerugian sektor pertanian di negeri ini dianggarkan boleh mencecah RM50 juta susulan banjir besar yang melanda hampir seluruh Perlis pada 24 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Razali Saad berkata, laporan awal menunjukkan bencana itu melibatkan 9,393 petani membabitkan kawasan terjejas seluas 14,892.18 hektar dengan anggaran kerugian keseluruhan sebanyak RM42.6 juta.

“Berdasarkan laporan, sebanyak 78.03 hektar tanaman mangga harum manis terjejas melibatkan 59 petani dengan anggaran kerugian awal tanaman harum manis bernilai RM1.17 juta sehingga kelmarin,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan bendang yang ditenggelami air di Kampung Seri Gelam di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, bencana banjir turut menenggelamkan tanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seluas 8,159 hektar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI