KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.
Mereka tiba pada pukul 8.05 pagi yang mana kedua-duanya akan didakwa bagi pertuduhan rasuah.
Semalam Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, Syamsul Iskandar dan Albert akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Azam berkata, Shamsul Iskandar dan Albert dijangka berdepan lima pertuduhan berkaitan rasuah dan masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Beliau berkata, siasatan kes berkenaan telah lengkap dan kedua-dua mereka akan dituduh di mahkamah mengikut Akta SPRM 2009.
Katanya, Shamsul Iskandar akan dituduh mengikut Seksyen 17(a) (menerima suapan), manakala Albert pula berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 17(b) (memberi suapan). – KOSMO! ONLINE














