PASIR PUTEH – Seorang penternak ayam kampung di sini mendakwa, sebanyak 20 ekor haiwan ternakannya mati dalam keadaan berlumuran darah dibaham sekumpulan anjing liar. Kesemua ayam kampung milik Fatinah Long, 65, itu ditemui mati di dalam reban kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin selepas wanita itu terdengar bunyi bising dari kawasan yang terletak berhampiran rumahnya. Katanya, sekumpulan anjing liar itu dipercayai melompat pagar rumahnya sebelum masuk ke dalam reban yang menempatkan ayam kampung itu. “Anjing-anjing itu berkumpul di dalam semak…













