fbpx
HUSNIAH bersama papan skor yang menunjukkan catatan rekod 100m kebangsaannya pada Terbuka Perlis tahun lalu.

Podium 4x100m sasaran Husniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RATU pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi menjelang temasya Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Thailand bermula 9 hingga 20 Disember ini.

Olimpia negara yang akan melakukan penampilan ketujuh pada temasya sukan dwitahunan itu bakal menggalas cabaran negara dalam acara kegemarannya iaitu 100 meter (m) serta 4x100m wanita.

Walaupun tidak meletakkan sasaran warna pingat pada edisi kali ini, namun pemegang rekod kebangsaan acara 100m wanita itu tetap memasang hasrat untuk menjejakkan kaki ke podium terutamanya menerusi 4x100m.

“Latihan serta persiapan berjalan seperti biasa dan paling utama sekarang adalah saya mahu bebas daripada kecederaan. Selepas itu, saya akan berikan aksi 100 peratus di Sukan SEA.

“Secara jujur, saya tidak kisah tentang warna pingat kerana paling utama adalah saya nak naik podium. Keutamaan saya sekarang adalah mendapatkan podium bagi acara 4x100m, begitu juga aksi individu,” katanya.

Pada edisi 2023 di Kemboja, kuartet 4x100m wanita dibarisi Zaidatul, Azreen Nabila Alias, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling meraih pingat gangsa menerusi catatan rekod kebangsaan 44.58 saat (s).

Meskipun kali ini turun tanpa Azreen Nabila yang mengalami kecederaan, namun Zaidatul percaya menerusi latihan secukupnya selain keserasian antara rakan sepasukan mampu membantu Malaysia melakar keputusan terbaik.

“Insya-Allah dengan keserasian serta latihan yang cukup untuk acara berganti-ganti ini, saya rasa kami boleh tampilkan aksi terbaik di Sukan SEA nanti. Bagaimanapun, saya tidak mahu meletakkan tekanan ke atas diri masing-masing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI