fbpx
Keadaan banjir di pusat bandar Kuala Lumpur pada petang tadi. Foto Facebook KLCCC DBKL

Lima laluan terjejas, banjir kilat KL mula surut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keadaan lima laluan di pusat bandar yang terjejas akibat banjir kilat kembali terkawal selepas paras air dilaporkan surut.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.55 petang sebelum menghantar pasukan dari dua balai berhampiran.

Menurutnya, operasi melibatkan 18 anggota bersama dua jentera FRT digerakkan ke lokasi terjejas.

Antara lokasi yang dinaiki air ialah Jalan Sentul Pasar Taman Bahagia, Jalan Batu Bata Titiwangsa Sentral, Jalan Haji Salleh, Sentul, Kampung Chubadak Dalam, Sentul dan Batu 2 ½, Jalan Ipoh.

Menurut Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafizan Hassan, limpahan air tersebut tidak melibatkan mangsa serta tidak menyebabkan kerosakan harta benda.

“Kawasan yang terlibat hanya mengalami limpahan air dan air banjir telah surut. Anggota operasi melakukan pemantauan di sekitar lokasi,” katanya hari ini. .

Beliau berkata, keadaan cuaca ketika ini masih hujan renyai-renyai, namun semua laluan kembali boleh dilalui dengan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI