fbpx
Gambar hiasan.

Kes lupus bahan terjadual haram Bukit Pelandok dirujuk SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pelupusan bahan terjadual secara haram di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

EAIC dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JAS Negeri Sembilan melibatkan tindakan terhadap kes tersebut yang dibongkar pada 2024

“EAIC telah selesai menjalankan siasatan ke atas aduan tersebut dan memutuskan untuk merujuk hasil siasatan dan syor kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN).

“Ini termasuk merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Pengarah JAS dan Pihak Berkuasa Tataterib (PBT) JAS untuk tindakan tatatertib diambil terhadap Pegawai-Pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri Sembilan yang terlibat,” katanya hari ini.

EAIC berkata, hasil siasatan ini akan dimaklumkan kepada umum dalam tempoh masa terdekat selepas dipanjangkan kepada SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI