fbpx
Tangkap layar perbualan antara seorang guru dengan pelajar perempuan yang ditularkan menerusi akaun Facebook Mohd. Fadli Salleh.

Dua guru didakwa terlibat salah laku seksual disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengambil tindakan mengeluarkan dua guru yang didakwa terlibat dalam salah laku seksual daripada institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).

JPN Kedah dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil serius dakwaan salah laku seksual membabitkan dua guru di negeri ini seperti yang tular di media sosial.

“Kedua-dua kes berasingan ini sedang berada dalam siasatan JPN Kedah. Tindakan telah diambil oleh JPN untuk mengeluarkan guru terlibat daripada institusi pendidikan KPM sehingga siasatan selesai,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang perlakuan yang melibatkan salah laku seksual dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan diberi perhatian.

Terdahulu, tular tangkap layar perbualan antara dua individu didakwa melibatkan seorang guru lelaki dan pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di sini.

Guru terbabit didakwa cuba melakukan ‘grooming’ terhadap pelajar itu menerusi perbualan lucah.

Satu lagi kes didakwa melibatkan seorang guru yang bercakap lucah di dalam kelas, juga dari sebuah sekolah di sini.

Kedua-dua kes itu ditularkan menerusi akaun Facebook Mohd. Fadli Salleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI