fbpx
Anwar dan Lawrence ketika sesi minum petang bersama delegasi Malaysia di Singapura hari ini.

Anwar tersentuh penghargaan Lawrence Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura hari ini menjadi lebih bermakna apabila kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik yang terjalin sejak 1965.

Anwar yang menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia–Singapura ke-12 berkata, PM Singapura, Lawrence Wong turut menjadi tuan rumah jamuan minum petang bagi meraikan delegasi Malaysia.

Menurut Anwar, beliau tersentuh ketika Lawrence secara terbuka menzahirkan penghargaan terhadap persahabatan peribadi mereka serta kepercayaan yang dibina sejak sekian lama.
“Kami mengadakan perbincangan konstruktif untuk mencari hala tuju terbaik demi masa depan kedua-dua negara,” katanya dalam sidang media bersama.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Lawrence dan Kerajaan Singapura atas sokongan kukuh mereka terhadap Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025.

Lawatan itu disifatkan sebagai satu lagi episod penting dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam era kepimpinan baharu Singapura.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN