fbpx
Gambar dua bot milik Seri Paduka Baginda yang diperkenan untuk digunakan dalam operasi banjir. Foto OFFICIALSULTANIBRAHIM

Agong perkenan kerajaan guna dua bot Baginda untuk operasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua bot udara berkuasa tinggi milik Baginda, sebagai antara aset operasi menyelamat ketika berlakunya musibah banjir.

Seri Paduka Baginda dalam hantaran di Facebook rasmi, menzahirkan perkenan itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, selain sebagai persediaan agensi keselamatan dalam melaksanakan misi menyelamat jika berlaku gelombang kedua banjir.

“Kedua-dua air boat berkenaan kini ditempatkan di Istana Negara, dan ia dilihat mampu meningkatkan kecekapan operasi, selain dapat mempercepatkan penghantaran bantuan kecemasan,” ujar Baginda.

Mengimbas kembali, pada Mac 2023, tiga air boat milik Seri Paduka Baginda digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.

Sewaktu itu, aset berkenaan digunakan bagi tujuan penghantaran bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan di kawasan Kluang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI