SANDAKAN – Seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik tidur selepas dipercayai ditetak abangnya menggunakan senjata tajam di rumahnya di Bandar Karamunting di sini pada Ahad lalu.
Kejadian itu disedari kira-kira pukul 5.30 petang apabila ibu mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati pintu bilik anaknya terhalang sebelum terlihat lelaki berusia 43 tahun tersebut dalam keadaan berlumuran darah.
Ketika kejadian, hanya mangsa dan abangnya berada di dalam rumah.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd. Rakman berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga abang mangsa pada pukul 8.45 malam hari sama, sebelum menjumpai seluar berlumuran darah dan tiga bilah parang yang digunakan dalam pembunuhan itu.
“Siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala, belakang telinga, perut serta tangan akibat senjata tajam. Bedah siasat akan dijalankan dan motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental dan tidak bekerja turut tinggal bersama keluarga di rumah berkenaan. – KOSMO! ONLINE
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Petugas Jupem hilang: SAR ditangguh, kejadian dalam wilayah Brunei
20 Mac 2026, 6:15 pm

Bekalan makanan Aidilfitri terjamin, rakyat diminta jangan panik
20 Mac 2026, 6:00 pm

Dua maut, empat parah kereta terbabas, langgar pokok
20 Mac 2026, 5:45 pm

Myvi lari polis rupanya individu dikehendaki di Kuala Bera
20 Mac 2026, 5:00 pm

Trafik lancar di seluruh lebuh raya, tak ramai pulang saat akhir
20 Mac 2026, 4:02 pm

Hati-hati memandu, hujan lebat landa Perak, Pahang
20 Mac 2026, 2:37 pm

Indonesia sambut 1 Syawal esok
20 Mac 2026, 2:30 pm

Sesak lebih 20 km, kenderaan bertali arus masuk Kelantan
20 Mac 2026, 2:06 pm






