fbpx
Tangkap layar hantaran seorang guru di platform TikTok oleh @Ohcikgu.

[VIDEO] ‘Ramai murid tidak hadir, mesti cari rezeki di Roblox’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bila dah hujung tahun, makin ramai yang tidak datang.”

Itu luahan seorang guru menerusi video di TikTok oleh @Ohcikgu, apabila ramai anak muridnya tidak hadir ke sekolah menjelang penghujung tahun.

“Mesti budak-budak ni tengah mencari rezeki di Roblox,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya berkongsi pengalaman mereka sewaktu di bangku sekolah.

“Hujung tahun cikgu buat jamuan kelas, ada pertandingan mainan macam catur, dam, batu seremban, uno, melukis, mewarna dan macam-macam tau. Semua tu zaman 90-an dulu,” komen @Dyllaz.

“Entah la anak-anak sekarang. Akhir tahun cikgu buat jamuan pun tidak mahu pergi sekolah. Kita dulu bab jamuan memang tidak sabar nak esok,” kata @Fatimh_457.

“Zaman dulu dah habis peperiksaan la paling ditunggu-tunggu untuk datang sekolah sebab bawak mainan. Mainan kad, batu seremban, penutup botol, congkak, getah dan macam-macam. Datang sekolah sebab nak main saja,” komen @Sweet. – KOSMO! ONLINE

@ohcikgu Mesti budak2 ni tgh cari rezeki kat Roblox.. #sekolah ♬ Newsound – FarForYou

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI