PETALING JAYA – Sebuah sekolah rendah di Johor mencuri perhatian ramai apabila tetap meneruskan majlis apresiasi meskipun kawasan tersebut sudah dinaiki air.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Seribumalam72, kelihatan suasana majlis di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, Johor Bahru bersama murid dan guru yang berjalan di kawasan dewan yang dinaiki air banjir separas buku lali.
“Program sekolah dalam banjir. Kita hanya merancang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dan bangga dengan kecekalan pihak sekolah memastikan program tetap berjalan.
“Kenangan yang jarang berlaku ni. Nanti budak tu dah tua boleh cerita dekat anak dia,” kata Manis.
“Ingatkan ada kolam besar, baru rasa hebat sekolah ni, kolam sampai ke dinding. Rupa-rupanya banjir,” tulis Firdaus.
“Sebak pula rasa, usaha semua orang untuk bagi kenangan kepada anak-anak. Terima kasih cikgu dan ibu bapa,” ujar Diyana. – KOSMO! ONLINE
@seribumalam72 #Program ♬ original sound – Naa – Hannah














