fbpx
VERSTAPPEN kini hanya ketinggalan 12 mata dengan Norris yang mendahului carta keseluruhan pelumba. - AFP

Verstappen sedia berikan segalanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABU DHABI – Max Verstappen melaungkan amaran untuk memberikan segala-galanya menjelang perlumbaan terakhir Grand Prix (GP) Abu Dhabi dalam usaha memburu gelaran dunia Formula Satu (F1) kelimanya.

Pelumba Red Bull itu kini berada dalam momentum terbaik selepas kemenangan di Qatar sekali gus merapatkan jurang kepada hanya 12 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Lando Norris dari McLaren.

Perlumbaan terakhir pada 7 Disember ini bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru yang mendebarkan di Litar Yas Marina nanti.

Kemenangan di Litar Lusail pada Ahad lalu bukan sahaja melonjakkan semangat pelumba Belanda itu, malah membolehkannya memintas seorang lagi pemandu Mclaren, Oscar Piastri untuk kembali menghidupkan peluang merebut takhta yang sebelum ini dilihat hampir mustahil.

Verstappen mempamerkan pemanduan bertenaga di Qatar, namun turut dibantu oleh kesilapan strategi McLaren yang memilih untuk tidak memanggil Norris dan Piastri masuk ke pit ketika kereta keselamatan dikeluarkan.

Kesilapan itu membolehkan Verstappen mengambil kesempatan merampas pendahuluan dan memenangi perlumbaan, manakala Norris sekadar menamatkan saingan di tempat keempat.

“Saya akan cuba melakukan segala yang termampu, tetapi jika tidak menang sekalipun, saya telah melalui musim menakjubkan. Ia tidak terlalu merunsingkan dan mengurangkan sedikit tekanan.

“Apabila berada di dalam kereta, saya sentiasa cuba memaksimumkan segalanya. Itulah akan saya lakukan di Abu Dhabi. Perlumbaan seperti di Qatar membuktikan apabila anda jangka ia akan membosankan, sebaliknya berlaku,” kata Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI