fbpx
Anwar memuat naik gambar beliau dan isteri di laman media sosial, hari ini.

Ucapan PMX buat isteri raih perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ucapan penuh kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di media sosial hari ini menarik perhatian ramai.

Hantaran di Facebook itu meraih hampir 13,000 tanda suka dalam tempoh hanya satu jam, termasuk simbol ‘hati’ daripada para pengguna media sosial.

Dalam hantaran ringkas namun sarat emosi itu, Anwar menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat isteri yang disifatkannya sebagai teman hidup dan sandaran hati.

“Selamat ulang tahun buat Azizah, teman hidup dan sandaran hati saya.

“Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” tulis beliau, disertai emoji hati merah.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan pasangan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN