fbpx
Tangkap layar video menunjukkan mangsa banjir diselamatkan dengan rakit yang diperbuat daripada batang pokok pisang. - TikTok

‘Terima kasih abang polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beberapa pegawai polis di Langkat, wilayah Sumatera Utara mengundang perhatian ramai apabila menyelamatkan mangsa banjir menggunakan rakit yang diperbuat daripada batang pokok pisang, lapor portal berita Lambe Turah.

Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa daerah dinaiki air termasuk Tanjung Pura yang merekodkan korban banjir paling tertinggi.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @manangsoebeti_official menunjukkan beberapa pegawai sedang menolak sebuah rakit yang dinaiki dua mangsa banjir.

Mereka tidak teragak-agak untuk menolak rakit tersebut sambil berenang meskipun air banjir hampir mencapai bumbung rumah.

Ketua Polis Langkat, AKBP David Triyo Prasojo tampil menjelaskan bahawa rakit itu digunakan untuk memasuki kawasan ditenggelami air tinggi sehingga tidak dapat dilalui kenderaan.

“Dalam keadaan darurat, walau sekecil mana pun, usaha menyelamat harus dilakukan. Masyarakat perlu dilindungi,” kata David.

Rakaman itu mencatatkan lebih 200,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Terima kasih ‘abang’ polis,” kata seorang netizen.

“Mantap. Mereka memanfaatkan material yang boleh membantu mangsa banjir dan tidak perlu menunggu pasukan penyelamat,” kata pengguna media sosial alin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN