fbpx
STRUICK akan mengetuai jentera serangan Indonesia dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada edisi di Bangkok kali ini. - AFP

SUKAN SEA: Indonesia azam pertahan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia membuat percaturan paling ampuh menjelang Sukan SEA Thailand apabila menyenaraikan lima pemain kacukan Belanda dalam misi mempertahankan pingat emas bola sepak yang dimenangi pada edisi sebelum ini.

Lima pemain naturalisasi tersebut ialah pertahanan Dion Markx, pemain tengah, Ivar Jenner serta trio penggempur, Rafael Struick dan Jens Raven yang beraksi di liga Indonesia serta Mauro Zijlstra.

Indonesia turut diperkuat bintang muda, Marselino Ferdinan yang sebelum ini memainkan peranan besar dalam kejayaan emas 2023 meskipun kariernya sedikit perlahan setelah hanya beraksi 12 perlawanan dengan satu gol sejak berhijrah ke Belgium, England dan Slovakia.

Sebahagian besar skuad kali ini dibentuk daripada pemain yang tampil di Kejohanan ASEAN U23 dan kelayakan Piala Asia U23 2026, termasuk dua pemain, pertahanan tengah Muhammad Ferarri dan pemain tengah Ananda Raehan yang memenangi emas edisi sebelum ini.

Ketua jurulatih, Indra Sjafri menegaskan misi pasukannya jelas iaitu mempertahankan pingat emas.

“Keputusan dibuat selepas penilaian menyeluruh sepanjang kem latihan Oktober dan November. Prestasi pemain di kejohanan kebangsaan turut meningkatkan keyakinan kami,” katanya.

Indonesia diundi dalam Kumpulan C, namun jadual mereka menjadi lebih ringan selepas Singapura dipindahkan ke Kumpulan A berikutan penarikan diri Kemboja, sekali gus menyaksikan mereka hanya perlu menentang Filipina pada 8 Disember dan Myanmar pada 12 Disember. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN