RASA kagum perlahan-lahan menyelinap dalam diri penulis saat melangkah masuk ke sekolah yang teguh di tengah-tengah hiruk-pikuk Chow Kit, Kuala Lumpur. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) kelihatan persis sekolah umum biasa, lengkap dengan asrama sendiri, namun di sebaliknya tersimpan kisah hidup anak-anak yang meniti perjalanan luar biasa. Penulis diperkenalkan kepada tiga pelajar yang baru-baru ini meraih gelaran johan Pertandingan Video Pendek Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka ialah Wan Mohd. Khairul Anuar Wan Khohairi, Muhammad Aiman Abdullah, dan……














