fbpx
Mohamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak pada Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2026, di Serdang, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Petani Kedah terjejas banjir dibantu Tabung Bencana Pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Petani di Kedah yang terjejas susulan banjir bakal menerima bantuan melalui Tabung Bencana Pertanian sebaik sahaja laporan penuh kerugian dimuktamadkan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya kini menunggu angka rasmi kerosakan sebelum agihan bantuan dapat digerakkan secara menyeluruh.

“Insya-Allah dalam beberapa hari lagi kita akan memperoleh jumlah sebenar kerugian dialami petani.

“Selepas itu, kita akan gunakan tabung bencana tersebut untuk membantu mereka yang layak,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pra Pelancaran MAHA 2026, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemberian bantuan akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan semasa bagi memastikan golongan petani benar-benar mendapat manfaat.

Sebelum ini, Mohamad menjelaskan bahawa bantuan pascabanjir sedang dilaksanakan secara aktif dengan memberi tumpuan kepada proses bancian kerosakan agar tiada petani tercicir.

Tabung Bencana Pertanian menyediakan peruntukan RM25 juta tahun ini bagi menyokong pemulihan sektor pertanian yang terjejas akibat bencana alam.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI