fbpx
Dari kiri, Rafe Haneef; Pengerusi MBSB, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; dan Ketua Pegawai Eksekutif Navigator Global Ltd., John Carroll.

Pelanggan PKS MBSB ditawarkan akses percuma Navigator Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MBSB mengumumkan kerjasama strategik bersama Navigator Global, sebuah platform perdagangan global inovatif yang dibangunkan oleh Kumpulan Santander, bertujuan untuk merevolusikan cara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mengakses pasaran antarabangsa.

Melalui kerjasama tersebut, MBSB akan menghubungkan perniagaan Malaysia dengan platform digital Navigator Global yang canggih, menawarkan rangkaian alat menyeluruh yang mempermudah perdagangan antarabangsa dan mempercepat pertumbuhan.

Ini termasuk pelan tindakan masuk pasaran yang disesuaikan, maklumat pasaran global secara masa nyata, rangkaian luas penyedia dan pakar tempatan yang disahkan, serta kalendar acara pendidikan dan webinar yang pelbagai untuk membantu PKS tempatan mengatasi halangan tradisional serta bersaing dengan lebih yakin di pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe Haneef berkata, kerjasama dengan Navigator Global merupakan pencapaian penting bagi MBSB dan masa depan PKS Malaysia.

“Dalam era yang serba terhubung, perdagangan global menawarkan peluang pertumbuhan yang besar.

“Kerjasama ini selaras dengan keutamaan strategik kami untuk memperkasakan perniagaan dengan keyakinan dan kepakaran bagi meluaskan jejak mereka jauh melebihi sempadan Malaysia.

“Kami melihat Navigator Global sebagai rakan penting bagi PKS, mempermudah proses perdagangan antarabangsa dan menjadikan pasaran global lebih mudah diakses berbanding sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Selain platform Navigator, Kumpulan MBSB menawarkan spektrum lengkap penyelesaian kewangan termasuk kemudahan modal kerja, pembiayaan jangka, pembiayaan pembekal dan alat pengurusan risiko mata wang asing yang sofistikated.

Platform ini tersedia untuk perniagaan pada mana-mana tahap pertumbuhan antarabangsa mereka, daripada mengenal pasti pasaran pertama, mengembangkan operasi di pasaran sedia ada, hingga mencari peluang baharu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI