fbpx
Hantaran pada akaun Thread Farah berhubung tindakan tidak sengajanya menggelar Ketua Menteri Melaka dengan panggilan 'Raop' serta mendapat maklum balas Ab. Rauf sendiri.

‘Minta maaf Datuk Seri, tak sengaja panggil Raop’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang gadis mengundang gelak ketawa pengguna media sosial apabila tidak sengaja menggunakan panggilan ‘Raop’ ditujukan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sewaktu menjawab soalan sesi temu duga kerja.

Malah, tindakan tidak sengaja pengguna Thread dikenali sebagai Farah itu turut mendapat maklum balas Ab. Rauf dan beliau tidak marah serta turut terhibur dengan kejadian itu.

“Korang, tadi saya pergi interviu, penemu duga tanya siapa nama Ketua Menteri Melaka. Otak dungu saya tambah lagi gementar, dengan yakin jawab ‘Raoppp’. Lepas itu mereka gelak dan bisik, ‘macam panggil adik kau ye’.

“Aaaa mesti gagal interviu. Minta maaf Datuk Seri Utama Ab. Rauf, saya tak sengaja,” katanya pada hantaran berkenaan.

Perkongsian itu tular di media sosial, malah ada yang menangkap layar hantaran gadis tersebut dan dimuat naik pada Facebook serta mendapat maklum balas Ab. Rauf.

“Nasib baik juga dia ingat saya. Tolong bagitahu dia, Tok Raoppp kirim salam dan doa dia lulus interviu, haha,” katanya menerusi komen pada salah satu hantaran Facebook.

Orang ramai turut meninggalkan maklum balas dan mereka terhibur dengan tindakan Farah, selain beramai-ramai mendoakanya lulus temu duga kerja berkenaan.

“Tak apa, jadikan pengalaman. Mana tahu diorang berkenan juga, doa banyak-banyak,” komen pengguna Thread Heyubeu.

“Hahaha Raop eh, macam panggil jiran-jiran tengah lepak main dam aji,” kata Sofeanotsofia.

“Dia kalau gementar memang gitulah. Kita fikir lain, yang keluar mulut lain. Macam saya juga,” kata Juezlyha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN