fbpx
TERTUDUH diiringi anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Lelaki ‘tumpang’ rumah kekasih dijel 6 bulan, denda RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, selepas dicekup berkhalwat dengan kekasihnya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini.

Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ibrahim Bacha, 49, yang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didapati berkurung yang mendatangkan syak dengan seorang perempuan bukan Islam beragama Hindu berusia 49 tahun yang bukan isteri atau mahramnya di sisi syarak.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 12.05 tengah malam pada 11 September lalu dan 12.15 tengah malam tadi di sebuah rumah di Blok D, PPR Krubong di sini.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 53 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum 24 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah memohon hukuman penjara dikenakan dengan mengambil kira faktor kesalahan dilakukan adalah besar yang menghampiri zina serta ia bukanlah kesalahan pertama tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara dengan alasan dia hanya menumpang rumah kekasihnya itu kerana tidak mampu menyewa rumah lain.

Dia turut menyatakan hasratnya untuk menikahi kekasihnya itu setelah wanita terbabit memeluk Islam.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Mohd. Yunus menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama, manakala penjara enam bulan dan denda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI