fbpx
Hasil emas mentah yang diperoleh melalui aktiviti mendulang emas di Sungai Galas, Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Ini syarat-syarat untuk mendulang emas di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri untuk mendulang emas di Kelantan setelah permohonan lesen dibuat pada Januari depan.

Berikut adalah syaratnya:

1. Hanya untuk rakyat Kelantan

2. Permohonan lesen mula dibuka pada Januari 2026 di Pejabat Tanah dan Galian negeri atau jajahan

3. Bayaran lesen RM100

4. Setiap rakyat Kelantan hanya boleh mohon satu lesen mendulang emas sahaja

5. Waktu mendulang emas pula bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

6. Tidak dibenarkan menjalankan aktiviti itu semasa musim tengkujuh

7. Kerja-kerja mendulang hanya boleh dijalankan di tanah milik kerajaan di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli yang akan diwartakan kelak

8. Hanya boleh mendulang guna dulang sahaja dan mesin mudah alih tidak dibenarkan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI