TRACK day ialah aktiviti tunggangan motosikal yang dijalankan sepenuhnya di dalam litar tertutup, di bawah pemantauan penganjur dan kawalan keselamatan yang lebih teratur. Tidak seperti menunggang di jalan raya, track day memberi ruang kepada penunggang untuk mengasah kemahiran seperti titik membrek, garis perlumbaan dan pengambilan selekoh dalam persekitaran yang jauh lebih selamat. Penganjuran aktiviti permotoran yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda itu lazimnya dibahagikan mengikut kapasiti enjin serta catatan masa pusingan (lap time) penunggang. Bagi Muhammad Dzarif……














