fbpx
AFIFAH mengakui beroleh banyak kekuatan dan semangat daripada beberapa artis, termasuk Adira, Diana Danielle dan Bella Astillah sepanjang mendepani proses mahkamah untuk pengesahan cerainya bersama Nubhan.

‘Diana Danielle, Bella, Adira hubungi saya kongsi pengalaman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Berasa tidak sendirian, bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah bersyukur apabila menerima sokongan berterusan daripada rakan selebriti sepanjang naik turun mahkamah bagi pengesahan perceraiannya.

Kata Dr. Afifah, 35, nasihat serta pengalaman yang dikongsikan keluarga dan beberapa selebriti, terutama golongan senasih bergelar ibu tunggal memberi semangat serta kekuatan besar kepadanya.

“Alhamdulillah, ramai selebriti yang hubungi saya, antaranya Diana Danielle, Bella Astillah dan Adira Suhaimi. Mereka banyak berkongsi pengalaman serta memberi nasihat supaya saya kekal tenang.

“Sokongan begitu membuatkan saya rasa lebih kuat,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengesahan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, di sini, semalam.

Selepas jatuh talak dua, wanita yang mesra disapa Dr. Fie itu mengakui tidak mudah untuk memulakan fasa baharu sebagai ibu tunggal.

“Memang bukan mudah untuk bermula semula. Sebelum ini banyak perkara diuruskan bersama suami, tetapi kini saya perlu susun dan fikir semuanya sendiri.

“Namun saya anggap ini peluang untuk memperbaiki dan membina semula kehidupan,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan aktif dalam dunia seni, doktor gigi bertauliah itu tidak menolak asalkan selari dengan imej serta kerjayanya.

“Saya terbuka, tetapi semuanya bergantung kepada kesesuaian imej dan profesion saya,” katanya lagi.

Semalam, mahkamah mengesahkan lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah oleh Nubhan pada 26 Ogos lalu sebagai sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Keputusan itu disampaikan Hakim Umamuddin Yunus selepas meneliti semua keterangan berkaitan.

Untuk rekod, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI