fbpx
AYDA Jebat menegur sikap segelintir golongan wanita yang dilihat menjaga penampilan namun tidak menjaga kebersihan apabila tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas awam.

‘Bila gadis cantik keluar tandas tak cuci tangan, pelik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – SINONIM sebagai individu yang mementingkan soal kebersihan, penyanyi juga pelakon, Ayda Jebat pelik memikirkan sikap segelintir wanita yang berpenampilan cantik dan wangi, namun kurang mempedulikan soal kebersihan diri, terutama selepas menggunakan tandas awam.

Sedang hamil anak ketiga, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, perkara kecil seperti mencuci tangan dan membersihkan tandas selepas digunakan sepatutnya menjadi amalan asas setiap orang.

“Bila gadis cantik, handbag mahal, perfume bau kuat tapi bila keluar tandas, tak cuci tangan, pelik.

“Betul-betulkan rambut depan sinki, terus jalan,” katanya dalam Threads.

Pun begitu, pelantun lagu Memerang itu memilih untuk bersangka baik dengan tindakan individu tersebut.

“Husnuzon, mungkin dia dah cuci tangan guna air atau tisu basah dalam tandas.

“Atau mungkin dia masuk tandas sebab nak betulkan pakaian, bukan untuk buang air dan terus keluar.

“Apa-apa pun jangan lupa satu benda penting, tolong flush jamban,” luahnya.

Perkongsian ibu anak dua itu itu pantas mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya mengakui pernah berdepan situasi sama dan menyokong teguran selebriti itu.

“Ayda, betul sangat! Kadang masuk tandas pun rasa nak pengsan tengok perangai orang,” kata seorang pengguna media sosial.

“Cantik bukan lesen untuk kurang adab, kebersihan asas pun tak jaga, tapi tak pelik, memang ramai macam ni,” tulis netizen.

“Terima kasih Ayda tegur. Saya kerja cleaner, hari-hari jumpa kes macam ini, memang penat,” ujar pengikut.

Bagaimanapun, ada juga netizen beranggapan situasi tersebut bukanlah sesuatu yang pelik selain meminta ibu dua anak itu menjaga tepi kain sendiri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN