fbpx
Andmesh bakal kembali menghangatkan pentas Malaysia menerusi sebuah konsert penuh jiwa dan emosi, ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati.

Andmesh hangatkan pentas Mega Star Arena 14 Februari 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng bakal kembali menghangatkan pentas Malaysia menerusi sebuah konsert penuh jiwa dan emosi  ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati, yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur  pada 14 Februari 2026.

Konsert ini dianjurkan oleh DTC Entertainment Sdn Bhd, dan dijangka menjadi antara persembahan paling berprestij tahun hadapan memandangkan populariti Andmesh yang terus meningkat selepas kejayaannya meraih pelbagai anugerah di Indonesia, selain kejayaan lagu-lagunya yang sentiasa mendominasi carta serantau.

Sejak kemunculannya sebagai juara Rising Star Indonesia pada 2017, Andmesh telah berkembang menjadi salah satu vokalis paling berpengaruh dalam industri muzik Indonesia. Lagu-lagunya bukan sahaja meraih jutaan penstriman, malah sering tular di Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa negara Asia.

Antara hits terbesar yang mengukuhkan namanya termasuk Cinta Luar Biasa yang melebihi ratusan juta tontonan di YouTube dan menjadi salah satu lagu cinta paling ikonik di rantau ini. Selain itu, lagu Hanya Rindu iaitu karya penuh emosi yang menerima anugerah dalam kategori Best Pop Solo Performance di Indonesia.

Begitu juga lagu Kumau Dia, single yang menampilkan kekuatan vokal sekaligus menjadi siulan ramai di seluruh Asia Tenggara. Tidak terkecuali, lagu Anugerah Terindah, Nyaman dan Jangan Rubah Takdirku antara lagu yang terus membuktikan relevansi Andmesh sebagai penyanyi berbakat besar.

Andmesh bukan nama asing dalam dunia hiburan Malaysia. Setiap kali membuat persembahan di sini, tiket sering habis terjual dan peminat tidak pernah gagal mengisi ruang konsert dengan sorakan dan nyanyian bersama.

Konsert solonya yang terdahulu di Kuala Lumpur mendapat sambutan luar biasa, dengan ramai peminat memuji kualiti vokal Andmesh yang dianggap tak pernah mengecewakan.

Peminat Malaysia juga terkenal sebagai antara komuniti yang paling aktif menyokong muzik Andmesh hingga menjadikan Malaysia sebagai destinasi penting dalam perjalanan seni beliau.

Mengulas mengenai penganjuran konsert kali ini, Andmesh menyatakan rasa teruja untuk kembali menyapa peminat Malaysia.

“Malaysia selalu punya tempat istimewa di hati saya. Energi dari penonton di sini selalu luar biasa.

Konsert Suara Dari Ketulusan Hati ini sangat personal kerana ia membawa perjalanan muzik saya sejak awal hingga sekarang. Saya ingin peminat merasai setiap cerita di balik lagu-lagu saya,” katanya.

Pada masa sama, Andmesh turut menjanjikan susunan muzik yang lebih segar serta kejutan istimewa yang hanya akan dipersembahkan di Malaysia.

Tiket ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati boleh dibeli melalui www.ticket2u.com dengan kategori berikut:

Seating:

VVIP – RM1,088

Platinum – RM888

Platinum Wing – RM728

Diamond – RM688

VIP – RM588

Gold – RM458

Diamond Wing – RM488

Bronze – RM238

Standing:

Silver – RM388

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI