fbpx
Gambar hiasan.

Alamat disalah guna, suri rumah diugut along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah mahu namanya dibersihkan selepas menjadi mangsa ugutan along apabila alamat rumahnya disalahgunakan individu tidak dikenali.

Dia yang mahu dikanali sebagai Gan, 57, berkata, menerima pelbagai ugutan sejak alamat rumahnya disalahgunakan individu tidak dikenali.

“Pintu pagar saya dikunci dengan mangga berserta nota ugutan dan gambar MyKad peminjam yang saya langsung tidak kenal.

“Along cakap dia meminjam RM300 kemudian mereka minta saya bayar RM5,000 untuk buang alamat saya dari disenarai hitam,” katanya.

Lebih membimbangkan, katanya, kereta jirannya turut disimbah cat merah, manakala notis ugutan ditampal pada pagar mereka.

“Rumah saya jadi mangsa walaupun saya tak kenal peminjam itu,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN